MANIFESTASI NILAI TANGGUNGJAWAB DALAM KORPUS CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN BERPAKSIKAN PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN

THE MANIFESTATION OF RESPONSIBILITY VALUE IN THE CORPUS CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN FROM PERSPECTIVE OF RELIGIOUS APPROACH

Authors

  • NOR DELLYNA ALJAWANIS AZLAN Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.
  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1361

Keywords:

cerita rakyat, masyarakat, Kelantan, pengkaedahan keagamaan, nilai bertanggungjawab

Abstract

Cerita rakyat merupakan kisah yang terjadi pada suatu ketika dahulu yang disampaikan oleh generasi nenek moyang kita kepada waris-warisnya yang kemudiannya berkembang sehingga kini. Cerita rakyat juga banyak memberi nasihat serta pengajaran kepada pembaca atau pendengarnya. Majoriti mengetahui bahawasanya cerita rakyat mempunyai banyak genre termasuklah genre sejarah, mistik, tokoh dan sebagainya. Ia juga sudah pastinya terselit 1001 nilai yang mencerminkan keperibadian seorang Melayu. Walau bagaimanapun, dalam meniti arus globalisasi ini, masyarakat dilihat kurang cakna dan peka mengenai cerita rakyat. Keghairahan dalam menggunakan gajet dan media sosial telah mengalih tumpuan sepenuhnya sehingga anak-anak watan kini terlepas peluang yang signifikan untuk terus menelusuri dan menghayati segenap inti pati yang terkandung di dalam sesebuah cerita rakyat. Rentetan daripada itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai tanggungjawab dalam korpus Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan. Kajian ini turut dibataskan dengan hanya memfokuskan kepada nilai bertanggungjawab yang terdapat di dalam teks-teks terpilih dalam korpus Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan karya Mohd Firdaus Che Yaacob, Nasirin Abdillah serta Abdul Latif Abu Bakar. Penyelidikan ini juga menggunakan reka bentuk kualitatif yang bersandarkan kepada kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini juga turut mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu dengan berpaksikan kepada Pengkaedahan Keagamaan sebagai fokus utama kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawasanya nilai bertanggungjawab yang terdapat di dalam korpus Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan telah membuka ruang kepada pendedahan mengenai nilai-nilai murni yang telah ditonjolkan oleh masyarakat terdahulu lebih-lebih lagi dalam cerita rakyat Kelantan.

Folk tales are narratives that have been passed down through generations, offering insights into the values, beliefs, and cultural identity of the Malay community. Beyond entertainment, these stories provide moral guidance and life lessons, reflecting the social and ethical norms of their time. Despite their richness, contemporary society, particularly the younger generation, shows diminishing engagement with folk tales due to the pervasive influence of digital media and social networks, which often divert attention away from traditional cultural knowledge. This study aims to examine the manifestation of the value of responsibility within the corpus Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan. The research focuses on selected texts authored by Mohd Firdaus Che Yaacob, Nasirin Abdillah, and Abdul Latif Abu Bakar, analyzing how these narratives convey moral and social responsibilities. Employing a qualitative approach grounded in library research and textual analysis, the study applies the Teori Pengkaedahan Melayu, with particular emphasis on the Religious Approach. The findings reveal that these folk tales encapsulate enduring values of responsibility, offering insights into the ethical principles and cultural wisdom upheld by past communities in Kelantan.

References

[1] Awang, H. (2002): Teori pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. – Seminar Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu, Riviera Bay Resort 29p.

[2] Che Noh, C.H., Yusooff, F. (2011): Corak komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga Melayu di Terengganu. – Jurnal Hadhari 3(2): 45-62.

[3] Che Yaacob, M.F. (2015): Nilai-nilai murni dalam seuntai himpunan 366 cerita rakyat Malaysia. – Universiti Putra Malaysia, Serdang 180p.

[4] Che Yaacob, M.F. (2021): Cerita rakyat sebagai simbol kekayaan nilai ketamadunan masyarakat Melayu. – Jurnal Peradaban Melayu 16(2): 1-12.

[5] Che Yaacob, M.F. (2022): Nilai-nilai murni dalam cerita rakyat di Kota Bharu, Kelantan. – Jurnal Melayu, Isu Khas Disember 2022 16p.

[6] Che Yaacob, M.F., Ismail, S., Daeng Jamal, D.H., Mohamed Som, S., Saari, F.A., Abdillah, N. (2022): Kajian mengenai nilai murni melalui keunikan dialek Kelantan dalam cerita rakyat Melayu di Kelantan. – International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 10(1): 15-32.

[7] Danandjaja, J. (1997): Folklor Indonesia: Ilmu gosip, dongeng, dan lain-lain. – Pustaka Utama Grafiti, Jakarta 238p.

[8] Dimyati, Mudjiono (2012): Belajar dan pembelajaran. – Rineka Cipta, Jakarta 298p.

[9] Hamizan, M.Q., Ali, A.W., Sallehuddin, A.K.B. (2022): Dokumentasi tradisi lisan dalam cerita rakyat untuk orang Melayu di Sarawak untuk persembahan teater. – Advances in Humanities and Contemporary Studies 2(2): 34-41.

[10] Hasanudin, M.I.W., Azlizan, M.A.A., Jamian, M.N. (2021): Cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah versi Malaysia dan Indonesia: Perbandingan latar budaya. – Jurnal Wacana Sarjana 5(3): 1-21.

[11] Marni, N., Punari, A., Yusof, M. (2015): Mahasiswa dan kewajipan diri. – In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Asas Pembangunan Mahasiswa, Jilid I. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor 25p.

[12] Md. Yassin, F. (1991): Cerita rakyat sebagai alat pendidikan: Satu analisis isi yang bercorak etika. – In: Osman, M.T. (ed.) Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 16p.

[13] Mohamad Hanafiah, M.N.A.H., Che Yaacob, M.F. (2020): Nilai-nilai Islam dan pembentukan akhlak dalam cerita rakyat Melayu. – International Journal of Language Education and Applied Linguistics 10(2): 48-56.

[14] Mohamad Hanafiah, M.N.A.H., Che Yaacob, M.F. (2021): Cerminan nilai-nilai Islam dalam Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia: Satu pendekatan Takmilah. – Journal of Business and Social Development 9(1): 51-62.

[15] Mohamad Hanafiah, M.N.A.H., Che Yaacob, M.F. (2022): Kawalan sosial dalam cerita rakyat Melayu di Pasir Mas, Kelantan. – Proceedings of the International Conference on Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022), Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia 10p.

[16] Mohd Hanipah, N., Daeng Jamal, D.H., Abdillah, N. (2021): Ritual dalam cerita rakyat di Mukim Bebar, Pekan, Pahang, Malaysia. – International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 9(1): 18-29.

[17] Musa, H. (2008): Hati budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-21. – Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang 194p.

[18] Tuan Adnan, T.S.N.S., Che Yaacob, M.F. (2023): Akal budi dalam cerita rakyat interprestasi sosiobudaya kanak-kanak dan remaja. – Applied History Journal of Merong Mahawangsa 1: 95-107.

Downloads

Published

2026-10-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

MANIFESTASI NILAI TANGGUNGJAWAB DALAM KORPUS CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN BERPAKSIKAN PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN: THE MANIFESTATION OF RESPONSIBILITY VALUE IN THE CORPUS CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN FROM PERSPECTIVE OF RELIGIOUS APPROACH. (2026). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(5), 509-523. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1361